Khamis, 28 Januari 2010

Pesanan Pengerusi TBL MQA


Selamat petang dan salam sejahtera

TAHNIAH diucapkan kepada yang berjaya menghadapi cabaran minggu ketiga..(ada penurunan berat badan) Kepada yang naik jangan putus asa…masih jauh lagi perjalanan kita… Praktikkan segala perkara yg diajar setiap minggu (jangan salah teknik..)

Pesanan daripada urus setia TBL MQA….


1. Jangan lupa isi buku log pemakanan anda (amat penting utk kita jaga pemakanan & kalau tiada penurunan…trainer akan bagi tahu apa masalahnya berdasarkan log pemakan anda).

2. Jangan lupa tugasan minggu ini…

3. Perkara yang paling penting…seperti yg telah dipersetujui sebelum ini…blog TBL mQA adalah diklasifikasi sebagai SULIT..oleh itu, saya mohon kerjasama semua agar TIDAK MENDEDAHKAN blog ini kepada mereka yang tidak berkaitan..harap kita dapat memelihara kerahsiaan..

4. Jangan bawa kengkawan yg tidak berkaitan dgn TBL MQA terutamanya semasa sesi penimbangan. Takut ada peserta yg rasa tak selesa. Selain itu, agak sukar juga bagi kami (urus setia) untuk menguruskan kengkawan anda kerana tidak mahu berlaku sebarang salah faham..jangan risau…we motivate each other..

5. Kalau boleh…kita elakkan sikap negative…cth perli kengkawan kita. Niat memang nak main2 tp kalau boleh kita bagi kata2 semangat supaya tidak menurunkan semangat kengkawan kita…

6. Jaga pemakanan… kerana tak guna kita exercise kalau tak jaga pemakanan.. exercise pun kalau boleh slow and steady..jgn terlampau ekstrim. Tujuan denda dikenakan utk setiap minggu semasa senam robik adalah utk mengingatkan diri kita…bukan utk menghukum semata2..

7. Sekiranya ada sebarang masalah, bagi tau kat urus setia supaya kami boleh membantu anda. Anda juga boleh berjumpa dgn trainer selepas sesi coaching utk mendapatkan nasihat (tp kena tanggung sendiri …takut bos korang bising kalau lewatL).

8. KOMITMEN …KOMITMEN…KOMITMEN…. KOMITMEN….ITULAH YANG AMAT PENTING SEKALI.

9. AKHIR SEKALI, KALAU ADA SEBARANG RASA TIDAK PUAS HATI ATAU ADA PERKARA YANG BOLEH DIPERBAIKI, SILA MAKLUMKAN KPD URUS SETIA…BIASA LA…KITA NIE BUKAN PERFECT.. KALAU ADA RUANG PENAMBAHBAIKAN..KITA PERBAIKI…

UNTUK MAKLUMAN SEMUA, KAMI URUS SETIA MENGAMBIL RISIKO YANG BESAR DALAM MENGANJURKAN AKTIVITI INI… RISIKO MERUJUK KEPADA KEKANGAN KERJA…DAN PALING TAK TAHAN DIMARAHI OLEH BOS. SEDIH …GERAM…TAPI DEMI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT …KAMI SANGGUP TERIMA SEMUA INI.

APA YANG DIHARAPKAN DARI ANDA IALAH… KOMITMEN, INISIATIF DAN AWARENESS…SUPAYA KITA BOLEH TUNJUKKAN KEPADA PIHAK ATASAN KEBERKESANAN PROGRAM INI COZ MENGGUNAKAN BAJET YG BESAR…


-Pengerusi TBL MQA-

1 Comentário:

Tanpa Nama berkata...

Rasanya saranan ni mmg HARUS diambil serius oleh SEMUA dalam usaha kita nk jdkan program ini benar2 melakukan keajaibannya...walau apapun yang kita lakukan..klu hanya sekadar niat, azam untuk mencapai impian dan semangat tahi ayam..
TANPA komited dan disiplin...kita sebenarnya masih belum mengorak langkah...

tbl mqa ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO