Khamis, 14 Januari 2010

TAHNIAH!!

TAHNIAH … kepada semua peserta Pertandingan The Biggest Loser MQA (TBL MQA) yang terpilih. Anda adalah insan-insan yang cukup bertuah untuk menyertai TBL MQA yang julung kalinya diadakan di MQA. TBL ini dianjurkan di bawah Biro Sukan, Kelab Kebajikan MQA Sesi 2009 / 2010.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dato' Dr. Syed Ahmad Hussein (Ketua Pegawai Eksekutif dan Penaung Kelab Kebajikan MQA) di atas sokongan beliau untuk meluluskan program ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada En. Azman Abdullah selaku Pengerusi Kelab Kebajikan dan En. Abdul Rahman Laiyak, Pengerusi Biro Sukan.
Pertandingan The Biggesst Loser MQA bermula pada 14 Januari 2010 dan akan berakhir pada 15 April 2010. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Professional Coaching Session dan Senamrobik. Seramai 24 peserta telah berjaya dipilih berdasarkan proses penyaringan manakala seramai 12 orang urus setia telah dilantik untuk memastikan perjalanan pertandingan adalah lancar.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk:
i. membolehkan peserta menetapkan matlamat ke arah gaya hidup yang sihat dengan memberi peluang kepada kumpulan sasaran ini untuk menurunkan berat badan menggunakan kaedah yang sihat;
ii. mengetahui cara pengukuran yang berkesan berpandukan Body Mass Index (BMI), pengiraan Basel Metabolic Rate (BMR) dan Daily Calories Requirement (DCR); dan
iii. menyediakan kakitangan atau penjawat awam yang mementingkan penampilan diri dan mempunyai personaliti diri yang menarik bagi menunjukkan imej korporat.

Akhir sekali, diharap semua peserta Pertandingan TBL MQA akan mendapat manfaat daripada program ini. Segala usaha anda adalah ukuran kepada pencapaian…

CHALLENGE YOURSELF…

Seja o primeiro a comentar

tbl mqa ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO